PENGENALAN PUSAR
Mungkin ada yang pertama kali jumpa atau dengar berkaitan PUSAR sama ada bersama Ustaz Rusdi atau dan barisan tenaga pengajar Akademi Bahasa Arab Hud Hud ataupun mana-mana tenaga pengajar yang telah menggunakan bahan rujukan kaedah PUSAR.
Tidak ada yang istimewa tentang kaedah PUSAR, mungkin ada yang lebih istimewa daripada ini kerana pembelajaran bahasa arab adalah sama dimana-mana. Namun ia berbeza cara penyampaian dan cara pendekatan yang dibawah. Mungkin ada yang lebih utamakan pendidikan cara lama iaitu menggunakan kitab-kitab kuning, ada juga yang lebih kepada hafalan dan sebagainya. Bergantung kepada individu tersebut bagaimana cara untuk mereka belajar. Semasa di bangku sekolah, ada yang suka belajar secara berkumpulan, ada yang suka belajar dengan cara sendirian, ada yang suka belajar ketika di tempat tuisen dan yang lebih menarik lagi ada yang suka nampak macam tak belajar, rupanya dalam diam-diam dapat skor mata pelajaran tersebut. Pelikkan? Itulah keindahan ciptaan Allah.
Namun bagaimana pulak bahasa arab mengikut kaedah PUSAR, dan apa itu PUSAR? PUSAR itu dalah gabungan daripada 2 iaitu PU merujuk kepada Popular. Apa yang popular? Perkataan popular yang sangat kerap diguna didalam Al Quran. Jika belajar secara sistematik, maka perkataan popular ini tidak perlu lagi kita terjemahkan kerana ia sangat kerap digunakan didalam Al Quran. Jadi peratus untuk kita kuasai bahasa Al Quran akan lebih mudah.
Manakala SAR merujuk kepada SIFIR..Apa itu SIFIR? Idea tercetus apabila dibangku sekolah dahulu kita perlu menghafal sifir 1 sehingga 12 ketika subjek metamatik. Jika kita tahu sifir, insyaAllah mata pelajaran metamatik jadi lebih mudah. Sama seperti bahasa arab, jika kita kuasai sifir atau lebih dikenali sorof. Maka peluang untuk kuasai bahasa arab itu lebih mudah.
Jadi perlu hafallah sifir ini? Sebab kalau tak hafal, tak kuasailah pembelajaran itu? Perkara ini selalu ditanya kepada Ustaz Rusdi Alias. Namun seperti yang diterangkan diatas, setiap orang ada teknik belajar masing-masing. Namun untuk teknik pembelajaran yang Ustaz Rusdi Alias sendiri gunakan ialah dengan perulangan. Jika di ulang pembelajaran itu, insyaAllah lebih mudah dapat berbanding dengan paksa untuk mengingat. Kita sedia maklum istiqomah itu lebih penting berbanding buat sekali terus. Setuju?
Jika kita rangkum makna dan kaedah PUSAR ini akan membawa maksud
P – Popular (Senaraikan perkataan popular)
U – Ulang sebut (buat ulangan sebutan, supaya ia melekat di minda)S – Sistemkan dan strategikkan pembelajaran
A – Adunkan (wazan itu susah, tetapi ia adalah adunan yang sama. Tak ada perubahan)
R – Rangkum (Rangkumkan pembelajaran dengan hanya sekeping diagram).
Itulah sejarah PUSAR secara ringkasnya. Apa pun keadaannya, niat sebenar oleh Ustaz Rusdi Alias adalah untuk menjinakkan masyarakat melayu nusantara untuk kuasai bahasa arab Al Quran itu tanpa berasa tertekan mahupun berasa sukar untuk di kuasai kerana Allah sendiri yang mencatatkan didalam Al Quran iaitu Al Quran ini untuk memudahkan hambaNya. Selamat belajar bersama kaedah PUSAR.
Klik link berikut untuk sebarang pertanyaan berkaitan kaedah PUSAR wasap.my/60193579303