Kursus Intensif SIFIR
Apa itu SIFIR?
Ilham hadir tatkala ayah saya (Ustaz Rusdi Alias) mewajibkan kepada saya untuk menghafal sifir 1 – 12 yang ada di kulit belakang buku latihan semasa sekolah. Katanya, kalau dah hafal sifir ini, pembelajaran matematik akan lebih mudah.
Seperti itu jugalah SIFIR bagi bahasa arab ini, sifir ini lebih dikenali didalam kaedah PUSAR. Namun untuk penuntut luar yang masih belum pernah belajar atau belum kenal apa itu PUSAR, mungkin lebih faham jika sifir ini di sebut “wazan” atau “tasrif”.
Tidak dinafikan, pembelajaran inilah yang banyak orang takut untuk belajar bahasa arab. Tapi dengan menggunakan pendekatan yang santai dan perulangan dengan di bantu diagram yang khas, pembahasan berkaitan wazan dan tasrif ini lebih mudah untuk para peserta lebih faham.
Alhamdulillah, setelah mendapat feedback daripada peserta untuk dibincangkan secara khusus berkaitan ini maka Ustaz Rusdi Alias berpeluang untuk mengadakan kursus secara intensif menguasai sifir selama 2 hari (12jam).
Seramai 60 peserta yang telah menyertai kursus intensif ini selama 2 hari dalam tempoh 60jam. Ustaz Rusdi kongsikan cara dan teknik untuk mengendalikan sifir ini, bukan sekadar di tunjukkan teori sahaja malah di tunjukkan cara penggunaan didalam Al Quran.
Kursus ini memang amat terhad kepada 50 penyertaan, namun disebabkan permintaan agak memberangsangkan membuatkan kami buat untuk 10 tambahan penyertaan. InsyaAllah jika ada kesempatan lain, kami akan adakan kursus sebegini didalam tempoh singkat. Taniah dan terima kasih kerna anda semua menyokong kami.