Menguasai Bahasa Seperti Babgho’ – Ustaz Rusdi Alias
- Posted by Kibar Management
- Categories Berita, Blog
- Date 12/11/2020
Sudah lama agaknya babgho’ ini terperap didalam sangkar. Babgho’ ni rajin untuk bercakap, tapi tuannya tidak berikan tumpuan yang untuk latih dia bercakap, akhirnya babgho’ ini hanya sekadar tahu berbunyi cip cip cip sahaja.
Ketika mana Ustaz Rusdi Alias merupakan panel bagi rancangan hayya bil arabiyyah di ikim.fm ketika itu, satu buku khas komunikasi telah terhasil oleh Ustaz Rusdi sendiri. Babgho’ bermakna burung kakak tua, dimana babgho’ adalah idea apabila melihat satu video burung kakak tua yang mampu bercakap seperti orang biasa, mampu untuk mengaji seperti anak-anak yang baru membaca, berzikir sepertimana masyarakat biasa boleh berzikir. Ini merupakan satu teknik dimana burung kakak tua itu sentiasa di latih dan di talu dengan perulangan yang sangat banyak membuatkan burung kakak tua tersebut boleh bertutur seperti biasa.
Dari situ, persoalan tertimbul “Kenapa burung kakak tua boleh buat? Takkan manusia tak mampu buat”. Betul, untuk kuasai sesuatu bahasa itu perlukan perulangan yang kerap. Sama seperti seorang ibu atau ayah yang mendidik anak yang baru lahir untuk sebut “papa” atau “mama” sebagai perkataan pertama bagi anak mereka.
Menjadi satu kejayaan pertama buat seorang ayah atau ibu dapat mendengar anaknya sebut perkataan “papa” atau “mama” kan? sehingga ada yang mampu menagis kerana seronok atas kejayaan itu.
Maka daripada situlah, idea modul babgho’ tercetus untuk menjadikan modul komunikasi yang berpandukan prinsip :
1️⃣ Pilih perkataan yang penting
2️⃣ Sebut dengan betul
3️⃣ Ulang banyak kali
4️⃣ Ungkapkan dengan yakin
Kini segmen babgho’ ini boleh diikuti secara percuma secara live di facebook page Ustaz Rusdi Alias bersama Ustaz Khairol Akmar (Jurulatih kaedah PUSAR) dan Al Farhan Halit. Kami berikan situasi sebenar dimana Al Farhan merupakan seorang yang tidak boleh berkomunikasi didalam bahasa arab dan akan dilatih oleh Ustaz Khairol Akmar. Jadi persoalan-persoalan yang akan dilontarkan juga peringkat asas.
InsyaAllah segmen ini setiap hari jumaat jam 9 malam di Facebook Page Ustaz Rusdi Alias. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019 357 9303.