KURSUS 12 JAM
“Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut hatinya.Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”
– Imam Syafie –
Melalui kata-kata Imam Syafie ini, sedikit sebanyak memberi motivasi kepada diri kita untuk terus belajar sesuatu ilmu itu. Jelas sekali dengan mempelajari sesuatu itu akan sedikit sebanyak memberi perubahan pada diri kita dari pelbagai sudut. Ilmu itu adalah satu perkara yang amat bernilai, jadi tidak mungkin perkara yang bernilai itu akan datang bergolek tanpa di cari.
Alhamdulillah, pengalaman kami selama 2 hari dalam tempoh 12jam mengajar dan berkongsi ilmu bahasa arab Al Quran kepada kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri bertempat di Bangi amat bermakna bagi kami. Seramai 270 peserta yang turut serta didalam kursus tersebut, dan ia memberi impak yang besar kepada kami untuk memperbaharui modul yang lebih santai dan MUDAH untuk mereka perolehi.
قَالَ الإِمَامُ الشَّافِعِي : يَجِبُ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ أَن يَتَعَلَّمَ مِن لِسَانِ العَرَبِ مَا يَبْلُغُ جُهْدُهُ فِي أَدَاءِ فَرْضِه
“Wajib ke atas setiap muslim mempelajari Bahasa Arab sekadar yang dia mampu pada melaksanakan perkara yang fardhu”.
Taniah kami ucapkan kepada anda semua yang terus berikan komitmen dalam mempelajari bahasa arab Al Quran, moga-moga segala usaha murni ini akan dapat dijadikan saham kita di akhirat kelak.
قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : ” تَعَلَّمُوا الْعَرَبِيَّةَ فَإِنَّهَا تُنْبِتُ الْعَقْلَ وَتَزِيدُ فِي الْمُرُوءَةِ ”
Saidina Umar al Khattab RA telah berkata :
“Pelajarilah Bahasa Arab, kerana sesungguhnya ia mentetapkan akal dan ia meninggikan pada maruah”