SEMINAR NAHU – ONLINE
Alhamdulillah! walaupun dalam keadaan negara kita yang di landa wabak covid19 ini, ramai antara kita yang terus mencari ilmu tidak kira apa sahaja ilmu selagimana ia bermanfaat untuk diri sendiri.
Bukanlah bermakna ingin mengatakan Alhamdulillah sebab negara kita dilanda wabak, tetapi Alhamdulillah Allah swt terus memberi peluang kepada kita ingat padaNya dalam apa juga keadaannya. Asbab wabak ini juga, kita rapat dengan keluarga kita. Asbab wabak ini jugak, orang yang tak pandai mengaji ambil peluang untuk belajar mengaji. Asbab wabak inilah, kita dapat ketahui lebih ramai orang diluar sana yang tidak mampu dalam kehidupan harian dan bermacam-macam asbab yang berpunca daripada wabak covid19 ini.
Amat malang jika sesuatu yang Allah berikan ujian kepada seseorang hamba, namun hambaNya tidak pandang itu sebagai tanda “Allah masih sayang” kita.
Alhamdulillah juga, sepatutnya seminar nahu ingin berjalan dalam keadaan kelas fizikal, namun disebabkan covid19 ini. Kami jalankan seminar nahu ini dalam bentuk online session dan masih memberi impak yang bermanfaat kepada masyarkat.
Kursus nahu online akan membincangkan penggunaan kad purple di dalam kaedah PUSAR. Kad purple A akan membincangkan baris2 hujung isim yang sudah akan memberi kesan kepada pemahaman yang tepat terhadap teks2 bahasa arab.
Ada 6 isim marfu’, 11 isim mansub, 2 isim majrur dan 4 isim tawabi’. Jadi ada 23 perbahasan yang perlu disimpulkan di dalm kad ini.
Dalam masa yang sama para peserta perlu mengetahui 8 isim yang mabni sepertimana yang diputuskan oleh tatabahasa arab.
Kad purple B akan membincangkan tentang fiel serta disiplin yang mesti dipegang ketika menggunakannya.
Kematangan nahu Al Quran ini akan kita dapat melalui latih tubi dan praktis kita terhadap ayat ayat Al Quran. Inilah cara terbaik untuk kita terus berdampingan dengan pemahaman kitab suci Al Quran.