UST. Hj. MOHD RUSDI BIN Hj. ALIAS
Pengasas / Founder Kaedah PUSAR
Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan di SUMRSU Serting Ulu, Negeri Sembilan (1982 – 1984).
Selepas tamat pendidikan di SUMRSU Serting Ulu, beliau menyambung pembelajaran di Kolej Islam Klang (1985 – 1988) dan tamat pembelajaran di Kolej, beliau menyambung pembelajaran Universiti Al Azhar, Kul Usuluddin bhg Hadith
Ustaz Rusdi berpengalaman sebagai Pengetua Sekolah Menengah Islam Hira, Jeram Kuala Selangor. Pernah menjadi perunding di Bahtera Consultant sebelum menjadi pembimbing Bahasa Arab al Quran di Pendidikan Al Furqan. Ustaz Rusdi juga merupakan pendakwah bebas dan pembimbing talaqqi Al Quran bersanad. Setelah beberapa tahun pengalaman, Ustaz Rusdi memperkenalkan kursus Intensif Bahasa Arab (kaedah sifir dan Hud-Hud)
Ustaz Rusdi Alias mula dikenali melalui segmen ” Hayya Bil Arabiah” di radio IKIM.fm. Di dalam segmen tersebut beliau mengendalikan segmen belajar Bahasa Arab komunikasi.
Beliau juga menubuhkan KIBAR Management Resources Sdn Bhd yang mengusahakan kelas-kelas pengajian Bahasa Arab Al-Quran secara intensif.
Kini Ustaz Rusdi Alias adalah merupakan Pengarah Urusan, Akademi Bahasa Arab Hud-Hud dalam usaha untuk mengembangkan kaedah PUSAR dengan motto “MUDAH~SERONOK~FAHAM” yang telah diperkenalkan oleh Ustaz Rusdi Alias dengan visi kami “Melahirkan Generasi Faham Al Quran”