Seseorang yang mempunyai zauq bahawa ungkapan bersemangat akan lebih memberi kesan jika
dihiasi dengan seni-seni ilmu balaghah.
Ilmu balaghah secara bertahap mengajarkan kita bagaimana mengungkapkan
idea secara teratur dan efektif. Pada ilmu maani, kita belajar bagaimana memilih diksi yang tepat dengan konteks perbincangan.
Setelah memahami ilmu maani, ilmu bayan mengajarkan kita bagaimana kita menyusun redaksi yang tepat dengan pelbagai pilihan penyusunan yang memungkinkan. Meskipun ideanya satu tetapi kita dapat mengutarakannya dengan melalui konsep-konsep yang diajarkan dalam ilmu bayan.
Selain memerhatikan aspek idea yang diatur sedemikian rupa agar dapat diterima dengan baik oleh pendengar atau orang bercakap dengan kita, balaghah juga mencakupi ilmu badi’. Ilmu badi’ adalah keupayaan untuk memperindahkan bahasa, baik pada lafaz ataupun makna. Ada ruang lingkup dalam perbahasan ilmu badi’ yang membincangkan keindahan-keindahan lafaz dan juga keindahankeindahan makna.
Majaz, istiaarah, kinayah dan lain-lain uslub balaghah, tidak lain hanyalah suatu yang semulajadi keluar dari jiwa yang seni, kerana jiwa yang jenis ini sentiasa mahukan sesuatu yang lebih agung, lebih indah dan lebih halus. Mungkin bagi orang yang tidak berjiwa seni menganggap ini semua mengada-ngada, sengaja memberat-beratkan dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Lalu dianggap semua bentuk ini satu kerja kosong dan tidak memberi faedah.
Tetapi sifat kesenian yang ada pada penyair berpendapat bahawa ia menambah lagi mesej dan memberi kesan yang lebih dalam terhadap jiwa dan emosi. Oleh itu, penambahan dalam bentuk perkataan, pengolahan lafaz dan pengulangan makna bukan hanya bertujuan untuk memberi penambahan kesan terhadap jiwa dan perasaan.
Reviews
There are no reviews yet.