Buku kecil ini memberi penjelasan serta perincian tentang bentuk-bentuk perkataan yang boleh dikiaskan dan paling banyak digunakan di dalam Bahasa arab. Ia dikumpulkan di dalam kad kuning B dan dinamakan SIFIR (dalam kaedah PUSAR). Jadi buku kecil ini memberi penjelasan serta perincian tentang SIFIR Sebenarnya ia adalah gambar rajah ilmu sorof atau tasrif yang diringkaskan supaya ia dapat difahami dengan mudah. Ada tiga perkara yang dibincangkan di dalam buku kecil ini.
PERTAMA: Bentuk-bentuk perkataan dan perubahan makna yang digunakan oleh orang Arab dari fiel madhi, fiel mudhore, masdar, isim faail, isim maf’ul, fiel amar, fiel nahi, isim zaman, isim makan, isim alat, fiel madhi majhul dan fiel mudhore’ majhul. Ia terdapat di dalam kolum nombor (1) hingga kolum nombor (12). Buku kecil ini menerangkan secara lebih luas lagi penggunaan bentuk-bentuk lain untuk MASDAR, ISIM FAAIL, ISIM MAF’UL, ISIM ZAMAN, ISIM MAKAN dan ISIM ALAT.
KEDUA: Pertambahan huruf dalam asal fiel madhi dari 3 huruf kepada 4 huruf, 5 huruf dan 6 huruf yang membawa kepada perubahan makna. Penerangannya bertujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenainya. Selepas itu kita akan mengetahui makna sebenar setiap perkataan tersebut di dalam kamus dan penggunaan orang Arab di dalam percakapan dan penulisan mereka. Perubahan makna dari penambahan huruf pada fiel madhi akan mengesani perubahan makna pada pada kolum-kolum yang lain seperti fiel mudhore’, masdar, isim faail, isim maf’ul, fiel amar hinggalah seterusnya.
KETIGA: Tambahan perbincangan tentang tajuk-tajuk yang tidak dapat dibincangkan di dalam kad diagram sifir seperti FIEL MU’TAL & FIEL SOHIH, JENIS MASDAR, AKHAWAT KANA & KADA dan ISIM TASGHIR.
Reviews
There are no reviews yet.