PERINGKAT ASAS : Kaedah PUSAR
Pengenalan Pembelajaran bahasa arab peringkat asas ini adalah pembelajaran yang mengikut silibus melalui buku “Kunci Memahami Bahasa Al Quran” Kaedah PUSAR (berwarna maroon). Pembelajaran ini disusun demi untuk memudahkan dan mempercepatkan kefahaman pencinta Al-Quran terhadap Bahasa Al-Quran itu sendiri. Ia …
Overview
Pengenalan
Pembelajaran bahasa arab peringkat asas ini adalah pembelajaran yang mengikut silibus melalui buku “Kunci Memahami Bahasa Al Quran” Kaedah PUSAR (berwarna maroon).
Pembelajaran ini disusun demi untuk memudahkan dan mempercepatkan kefahaman pencinta Al-Quran terhadap Bahasa Al-Quran itu sendiri. Ia adalah hasil dapatan pengasas Kaedah PUSAR iaitu Ustaz Mohd Rusdi Bin Alias, setelah beliau mengajarkan Bahasa Al-Quran ini lebih 12 tahun kepada masyarakat Melayu khususnya di Lembah Klang.
Pembelajaran ini sebenarnya adalah intipati asas Bahasa Arab dari buku pertama beliau yang bertajuk “CARA MUDAH MEMAHAMI BAHASA AL-QURAN”. Kini buku ini digunakan untuk peringkat lanjutan dan keatas.
Pembelajaran ini telah dipermudahkan dengan penambahan simbol-simbol Perkataan Popular, Bahasa Melayu dan juga perkataan yang berulang-ulang di dalam Al-Quran. Ia disertakan dengan kadar peratus perkataan yang mesti dikuasai.
Pembelajaran dari buku ini juga dilengkapkan contoh-contoh ayat Al-Quran yang disertakan dengan terjemahannya supaya peserta dan pembaca dapat menguasai kaedah ini dengan lebih berkesan.
Dengan menguasai asas Bahasa Arab KAEDAH PUSAR ini diharapkan akan dapat membantu peserta dan pembaca mula bertatih untuk menerokai Bahasa Al-Quran secara lebih serius. Demi hasrat perjuangan untuk melahirkan generasi faham Al-Quran, pengasas berhasrat besar untuk persembahkan buku ini sebagai panduan kepada masyarakat Muslim Melayu yang berada di
Nusantara ini.
Keperluan
Untuk mengikuti kursus ini, buku dan diagram seperti dibawah adalah diperlukan
- Buku Kunci Memahami Bahasa Arab Al Quran kaedah PUSAR
- Kad Diagram
Boleh dapatkan keperluan ini disini